Monsoon Swamp Monster 2026 (MSM26)
Edisi kelima kejohanan paya di Kampung Bukit Layat, Setiu: 224 pemancing, lapan kategori, tangkapan dilepaskan semula.
Maklumat acara
MSM bermula pada 2018 sebagai Komplot Mega di Kampung Tok Kah, Dungun, kemudian dijenamakan semula pada 2019 di Kuala Berang. Selepas pandemik, ia kembali di Kampung Bukit Layat, Setiu pada 2024, 2025 dan 2026.
Hari pertama MSM26 dibuka dengan Ngail De Baruh, pertandingan pancing tradisional menggunakan joran alam dan umpan semula jadi. Hari kedua khusus untuk teknik mengilat gewang dan pancing layang.
Hanya haruan 25 cm ke atas dan toman 30 cm ke atas dikira. Tangkapan diserahkan hidup untuk penjurian, direkod dalam aplikasi SENTAK yang dibangunkan pelajar Universiti Malaysia Terengganu, kemudian dilepaskan ke habitat asal.
Turut diadakan: Fun Run De Baruh, bengkel umpan layang, pertandingan memasak ikan haruan, pemeriksaan kesihatan dan aktiviti kanak-kanak.
Keputusan
King of MSM26 (berkumpulan)
1. Team Beloh Rok 1: 24 ekor haruan
2. Team EXPxBAZZY: 22 ekor
3. Team ABCD: 19 ekor
King of Special
M. Amnan Baharuddin, Team Arnab Garang (bujuk)
King of Hero Caster
1. M. Syamier Mohd. Khairul, Rentaka 2
2. Wan Mohammad Hidayatullah, Beloh Rok 6
3. M. Muhaimin Razali, Rentaka 2
King of Fly Fishing
Nor Bahyuddin Nawai
King of Fly Fishing Haruan
Nortasa Shakri
Ngail De Baruh (dewasa)
Rafiah Saud